Rabu, 25 Jun 2008
KAME HAME HA!!!
Ini antara jeritan yang sangat popular pada sekitar 90an dulu apabila komiknya buat pertama kalinya diterjemahkan ke versi Bahasa Malaysia, dikenali dengan tajuk MUTIARA NAGA (bukan “MUTIARA HAAATIIII… wowowowooo…” tu ya!). Kontroversi pun ada, yang aku ingat ialah pada babak yang melibatkan seluar dalam wanita tu… eww! Oh, perlu ditegaskan, aku ni bukannya penggemar siri komik tu sangat ya? Aku tahu pasal kontroversi tu pun menerusi akhbar dan majalah ilmiah (cewah!), bukannya menerusi komik itu sendiri!
Lepas itu, pada awal 2000an pula, muncullah secara RASMInya siri animasinya (alihsuara Bahasa Melayu semestinya) di kaca TV kita (RTM2/TV2 pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9:30 pagi, dibawakan khas oleh APOLLO!). Pun begitu juga, aku tak layan sangat jugak pun, hanya tertonton seketika apabila aku sedang menunggukan siaran siri DIGIMON ADVENTURE yang lebih aku gemari (jam 10 pagi setiap hari Ahad). Tapi aku terperasan la, nama watak utama tu disebut dengan nama yang tak betul (Suzikon?) dan nama kuasa aura pemusnah pun tak betul jugak (Kue Pau Heng Kong? Kuih PAU?), mungkin gara-gara pengalihbahasa ini malas nak belajar Bahasa Jepun, maka diambil jalan mudah dengan menterjemahkan daripada versi Bahasa Cina (agaknya la).
Ya, itulah dia, siri francais (manga dan juga anime) terkenal, yang boleh dikatakan telah meletakkan animasi Jepun di mata dunia pada era itu, dan digilai oleh peminatnya di merata dunia (dunia Barat dan kita pun dijangkitinya), iaitu siri DRAGON BALL.
Tapi, aku bukanlah nak cakap pasal siri komik atau animasinya (termasuk filem animasi) beserta siri permainan videonya yang berlambak tu. Aku nak tunjukkan poster filem… filem versi live-action yang RASMI punya beb! Aku kata “rasmi” sebab sebelum ini dah banyak kali dah cerita ini diangkat secara “haram” ke layar perak (curi idea dan nama serta jalan cerita, tapi langsung tak ada kebenaran dari pihak yang memegang hak cipta iaitu penciptanya, Akira Toriyama).
Mau tengok bagaimana rupa posternya, sekaligus rupa pelakon-pelakon yang membintangi filem ini? Jeng jeng jeng…
Baca baki entri ini »
4 komen |
Animasi, Filem, Komik, TV | Tagged: Dragon Ball, Dragonball |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Saladin Convoy
Isnin, 23 Jun 2008
Hahaha, tajuk yang sangat “catchy” lagi berima! Cuma leceh sebab ada satu perkataan tu yang memang lari terus daripada tema, tapi tak mengapalah.
Tengah seronok melayari blog-blog mereka yang bergenrekan “politik” tadi. Ya, aku pun suka juga layari laman blog pasal politik ni, tapi sengajalah aku tak pautkan ke senarai blogroll aku ka apa ka, sebab aku ni “neutral” dan tak mahu kelihatan terlampau memihak ke mana-mana pihak secara bersangatan!
Ya, sedang asyik melihat entri demi entri, secara tiba-tiba aku ternampak satu tajuk entri di sebuah blog, dengan tajuk yang sangat menarik, menarik perhatian aku lagi mencetuskan suatu perasaan yang boleh “membunuh kucing” (sebab orang kata “curiousity kills the cat”! Apa? Tak faham? Huhuu!)
Baca baki entri ini »
4 komen |
Lain², Malaysia | Tagged: Tun Dr. Mahathir |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Saladin Convoy
Sabtu, 21 Jun 2008
Pada suatu hari yang lalu, aku mendapati bookmark Firefox aku hilang!
Beberapa hari kemudian, setelah aku memuat turun dan memasang perisian Firefox 3, aku mendapati bookmark-bookmark aku yang hilang tempoh hari itu, telah kembali! Oh, dia main aci sembunyi (“aci lut chak”) dengan aku rupanya!
Walau bagaimanapun, aku tak rasa ianya kembali sebab aku memasang perisian Firefox 3 itu. Dan sekembalinya bookmark-bookmark Firefox aku itu pun tetap tidak membantu apa-apa. Sebab apa? Aaa… nanti aku cerita lagi.
Oh ya, perlu diberi penegasan di sini, hari aku memuat turun Firefox 3 adalah pada DUA HARI selepas mereka punya “Firefox Download Day”, kempen mereka untuk mencipta rekod dunia bagi kategori “Perisian terbanyak yang dimuat turun dalam satu hari”. Poyo kan? Hahah, memang tak ada perkataan Bahasa Melayu (rasmi ka perkataan itu?) yang lebih tepat menggambarkan situasi ini, melainkan “poyo”!
Dan, apakah yang “best”nya Firefox 3 ini?
Baca baki entri ini »
8 komen |
Lain² | Tagged: Firefox, Firefox 3 |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Saladin Convoy
Khamis, 19 Jun 2008
Aku memang suka siri ini. Sukanya aku terhadap siri ini bukannya hanya sebab ianya menyangkut soal “spy-menyepai” sahaja, tapi juga disebabkan analogi yang dibuat dalam cerita ini terhadap peristiwa sebenar di dunia, dan yang paling seronok ialah betapa ironisnya aku rasa apabila mendapati ada episod tertentu yang sangat mirip dengan suasana politik negara kita.
Ya, memang ada episod tertentunya yang kelihatan seperti berlaku dalam negara kita. Memang dalam siri ini, negara yang “dikacau” itu merupakan negara-negara Eropah tertentu yang tak sebulu dengan Amerika Syarikat, namun gambaran dan suasana politik tertentu dalam negara-negara Eropah tersebut sangat hampir dengan suasana yang berlaku dalam negara kita.
Contohnya ialah dalam suatu entri aku yang lalu, episod siri MISSION: IMPOSSIBLE berkenaan sangat hampir dengan suasana negara kita yang nak menghadapi pilihanraya pada ketika itu. Dalam episod yang aku tonton pada 19 Jun 2008 jam 12:30 tengah malam di RTM2 pulak, sekali lagi episod itu persis suasana di negara kita.
Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
TV | Tagged: Mission: Impossible |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Saladin Convoy
Ahad, 15 Jun 2008
[Dikemaskini pada 10:50 pagi, 16 Jun 2008]
Nama Anwar Ibrahim memberikan reaksi yang berbeza-beza kepada individu-individu yang berbeza-beza. Biasanya ianya bergantung kepada pendirian atau fahaman politik bagi individu tersebut.
Bagi peminat/pengkagum, malah penyokong setia beliau, nama beliau disertakan dengan suatu perasaan yang menyanjung dan segunung harapan kepada beliau. Bagi yang neutral, nama beliau turut juga ditunggu, rasa ingin tahu apa pula yang beliau akan lakukan. Bagi yang tak suka kepada beliau, sebut saja namanya, akan timbul perasaan marah dan pada masa yang sama, ada juga yang gerun dengan namanya itu.
Maka, kita boleh kata beliau ini manusia yang paling berpengaruh di Malaysia. Di negara seberang kita juga, beliau dikagumi. Malah ada kenalan aku di situ yang “irihati” mengenangkan beliau ni rakyat negara kita, hah! Dunia juga kenal beliau. Media pun rajin juga menyebut namanya.
Namun berpengaruhkah beliau di seluruh dunia? Ya, memang beliau antara 100 individu yang disenaraikan oleh majalah TIME sebagai antara yang paling berpengaruh di dunia. Rakyat Malaysia yang pertama dan satu-satunya tersenarai pulak tu! Namun, apakah beliau nombor satu? Kalaupun tidak, agak-agak beliau berada di tangga yang ke berapa?
Ahha, dengan menggunakan undian daripada orang ramai (bukan AFUNDI atau sebarang undian SMS yang lain!), ternyata beliau tidak mendapat tempat pertama! Sepuluh yang pertama pun bukan, dua puluh, malah lima puluh yang pertama pun bukan juga! Menurut senarai di laman sesawang majalah TIME, beliau cuma mampu menduduki tangga yang ke-93 (sembilan puluh tiga) dalam seratus yang teratas. Heh, hairan, pertama kali aku tengok senarai ‘Top 100′ yang menampilkan sampai 207 nama, lebih 107 daripada yang sepatutnya!
Maka, siapa pula yang mengungguli “carta” itu?
Baca baki entri ini »
7 komen |
Games | Tagged: Nintendo, Nintendo DS, Video Games, Wii |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Saladin Convoy