Salam Mawlid – Qasidah Burdah

12 Rabi`ul Awwal 1429 Hijriah jatuh pada 20 Mac 2008.

Alhamdulillah, seperti biasa, umat Islam di negara kita yang ber`aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jama`ah akan menyambutnya dengan penuh keinsafan.

Memang ada suara-suara “sumbang” dari pihak Wahhabi yang mengatakan sambutan sebegini ialah suatu bid`ah yang menyesatkan. Abaikan saja pihak-pihak ini, mereka tiada tempat di negara kita. Cuma yang sedikit sedih tu, ramai orang muda yang terpengaruh dengan pihak ini. Moga Allah selamatkan mereka dari terus terpengaruh.

Cakap pasal Mawlidur-Rasul ni, sebagai tanda cinta dan kasihnya kita pada junjungan besar kita Rasulullah SAW, kita disarankan untuk sentiasa berselawat ke atas baginda. Bukan terhad pada hari Mawlid saja, sepatutnya pada setiap hari. Sebab kita mengharapkan syafa`at baginda di akhirat nanti.

Hmm, tapi pihak yang membid`ahkan amalan ini, ada juga di kalangan mereka yang tak percaya pulak bahawa Rasulullah SAW akan memberi syafa`at pada kita. Oh, payah lagu ni, heheh…

Cakap pasal selawat ni, ada banyak jenis selawat, Selawat Syifa, Selawat Badar, kesemuanya indah-indah belaka untuk dialunkan. Dan, antara yang aku minat ialah Selawat/Qasidah Burdah (boleh muat turun teks dan audionya di sini) yang dikarang oleh Imam Al-Busiri. “Burdah” bermaksud “Selendang”.

Kisah mengenai kenapa beliau mengarang Qasidah ini boleh dibaca di sini (secara ringkasnya, beliau telah sembuh daripada lumpuh setelah bertemu dengan Rasulullah SAW dalam mimpi).

Ini video bagi lagu “MAWLAY” nyanyian Mohammed Al-Husayan (bukan profil Myspacenya yang sebenar, hehe), yang merupakan petikan/secebis daripada keseluruhan Qasidah Burdah. Boleh dikatakan ini versi nasyid bagi Qasidah Burdah yang paling sedap dan indah didengar. Memang suara munsyid ni pun sedap, jadi bila dia menyanyikan qasidah yang indah ni, diiringi irama yang sedap, maka tahu-tahu sajalah hasilnya kan? Oh ya, video ni siap ada terjemahan dalam Bahasa Inggeris lagi kat bawah video tu, boleh la dihayati ertinya.

Yang ini pula, nasyid berjudul “BURDAH” nyanyian Mesut Kurtis. Irama sama, tapi versi ini mengambil bait-bait yang lain pula daripada keseluruhan Qasidah Burdah, dan lebih rancak daripada yang versi di atas tu. Yang ini pun seronok jugak didengar.

Tapi, yang paling aku minat, orang putih kata “personal favourite” la, ialah versi yang dinyanyikan oleh senior sekolah menengah aku, yang mencipta lagu sekolah, salah seorang bekas vokalis kumpulan Al-Faraddis (kumpulan nasyid sekolah), bekas vokalis kumpulan SABDA, iaitu Arif Muazzim bin Abdul Rahman, tapi anda semua lebih mengenali beliau dengan nama AMAR! Nama nasyid ni ialah “Selawat Burdah”. Ya, versi beliau ni lebih ceria, dan sangat sesuai untuk diajarkan pada budak-budak, kalau ada yang nak cuba hafal bait-bait qasidah ni.

Ada banyak lagi versi-versi nasyid bagi Selawat Burdah ni. Kalau rajin, bolehlah mencarinya.

Apahal pun, Selamat Menyambut Mawlidur-Rasul. Selamat Berselawat!

14 thoughts on “Salam Mawlid – Qasidah Burdah

  1. Rajin nya sertakan berbagai ‘selawat ‘ versi nasyid…Terima kasih di ucapkan namun apa aje orang kata nrgatives mengenai nya jangan perduli . Puji2 an yang mengunsur ke nabi an , Islam dan malah menuju ke arah ALLAH swt mesti di petahankan & di sanjung.

    • ya..saya sokong. Malah kata2 pujian seperti Qasida perlu diterapkan dalam golongan muda agar mereka lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya dari hiburan barat…

  2. hm… pasal ada golongan yang tak setuju tu kita jgn lah p lawan kata dia salah pulak. dh itu yg dia paham. kalo kita nk tegur pun kita kena kaji dulu tentang pemahaman dua2 pihak. er… kalo sambutan maulud nabi ni bidaa’ah, so kalo kita naik keta tu takleh la jugak. sbb dulu nabi tak naik keta pun. naik unta je. waduh.. maaf la… sy just bg pandgn je ni..

    P/s: Alhamdulillah adik sy dh ditukarkn dari terus sekolah kat sek agama yang berfahaman wahabi tu… :)

  3. Kita tak kata dia salah, tapi dia yang dok kata kita salah dan dia saja yang betul. Benda macam itu boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan. Dah berapa banyak kes macam ini, dan dah berapa kurun dah dok berterusan.

    Apahal pun, kita biarkan saja orang² pandai yang uruskan. Yang jadi masalah tu, yang buat bergaduh ni ialah adanya orang yang “memandai”. Kita ikut pendapat yang paling ramai. 8)

    Re: P/s: Eh, adik anda sekolah di mana dulu? Ada ka sekolah agama “Wahhabi” kat Malaysia ni? Heheh… :roll:

  4. hmm jgn sebut askum atau akum atau semekom atau pape jelh.sebaiknya tulis assalamualikum atau salam jer.n jgn tulis nme ngan singkatan mohd tapi tulis la nme penuh iaitu muhammad atau mohamad atau pape jelh..yg penting bkan mohd sbb mohd itu bermksd anjing berkepala besar kalau x silap sy..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s