Mission: Impossible – Episod Pilihanraya

Khamis, 6 Mac 2008

Aku tak tahu apakah ini kebetulan atau memang disengajakan.

Aku berjaga malam setiap tengah malam Rabu (atau secara teknikalnya awal pagi Khamis) untuk menonton siri MISSION: IMPOSSIBLE yang ditayangkan pada jam 12:30 tengah malam (atau lebih lewat kalau filem yang ditayangkan sebelum berita jam 12 tengah malam tu masih belum habis) di RTM2.

Pada kebiasaannya, memang RTM2 tak tayang siri ini menurut susunan episod yang betul. Ada yang sepatutnya kemudian, didahulukan, dan yang sepatutnya dahulu, dikemudiankan. Memandangkan kebanyakkan episod siri ini bukan jenis yang bersambung-sambung, jadi tak timbul masalah kalau episod yang ditayangkan tu tak ikut susunan.

Cuma yang aku paling hairan tu, bagaimana atau kenapa RTM2 memilih untuk menayangkan episod mengenai pilihanraya beberapa hari sebelum kita menghadapi pilihanraya (ditayang pada 6 Mac 2008 jam 1 pagi)? Hahahah!

Baca baki entri ini »


Pendekar 5: Ninja Tun Fatimah!

Khamis, 6 Mac 2008

Menurut riwayat “Pendekar 5″ karya Aziz M. Osman, Tun Fatimah memiliki wajah persis Nora Danish. Menurut riwayat “Pendekar 5″, Tun Fatimah ialah anak Bendahara Tun Perak. Menurut riwayat “Pendekar 5″, Tun Fatimah sezaman dengan Hang Tuah (Cico Harahap) dan di antara mereka ada on-off love relationship.

Dan menurut riwayat “Pendekar 5″ lagi, Tun Fatimah juga merupakan seorang ninja! Ya, NINJA, atau lebih tepat lagi, KUNOICHI (“ninja perempuan”)!

Baca baki entri ini »