Oh, bukan! Ini bukan hukuman mati pakai kerusi elektrik macam kat Amerika Syarikat nun!
Ini kaedah rawatan/terapi apa entah. Aku kata entah kerana aku tersangat tak tahu. Tapi nampak gayanya ianya sekarang tengah popular dan menjadi “kegilaan” di kalangan orang separuh umur dan orang tua. Aku tak boleh kata ianya fenomena di seluruh negara, boleh jadi cuma di kawasan aku sahaja. Jadi tak perlulah mengeluarkan apa-apa statistik melalui Google Trend, hah!
Oh ya, ini juga tiada kena-mengena dengan kerusi urut yang turut menjadi kegilaan orang kita sekarang.
Pada mulanya dulu pun, dan aku percaya semua orang yang pertama kali mendengarnya pun, akan menyangka bahawa kerusi urut dan terapi kerusi elektrik ini mempunyai persamaan.
Sehinggalah aku sendiri ke tempat rawatan tersebut…
Dikirim oleh Saladin Convoy 


