Hai Muslimah bertudung! Jangan tunduk pada Syaitan!

Sabtu, 29 Mac 2008

Aku ada memautkan feed bagi laman blog MUJAHIDEEN RYDER ini di dalam laman blog aku (adakalanya kelihatan dan adakalanya feednya itu seperti bermasalah dan tidak dapat dipaparkan dalam WordPress). Blog yang memang menarik!

Tapi, pada suatu hari, aku terperasan sebuah entri yang sangat menarik pada blognya itu (sepertimana yang terpapar di sebelah kanan blog aku ini), berjudul “Hijabis: Don’t give in to Shaytan!”. Aku jadi penasaran nak tahu apa kebenda isi kandungannya.

Baca baki entri ini »


Ayat-Ayat Cinta: The Novel!

Selasa, 25 Mac 2008

Dua atau tiga minggu yang lalu, setelah dua tahun membeli dan memilikinya, akhirnya aku khatam juga membaca novel ini!

Haha, bagi mantan kaki ulat buku (yang bertukar menjadi malas buku semenjak masuk IPT) yang mencuba berjinak-jinak untuk membaca semula, tugas menamatkan pembacaan novel setebal ini agak menyukarkan. Tambahan pulak ini bukanlah genre yang aku suka baca. Eiii, “cinta-cinta” ni menggelikan aku yang sebenarnya, haha!

Tapi disebabkan komuniti-komuniti online Muslim di Malaysia ini sangat-sangat merekomendasikan novel ini sebagai bacaan, dengan alasan kita di sini ketandusan karya sebegini (tak ada ka, atau malas nak mencari?), maka aku pun terpengaruhlah dan membelinya.

Tamat membacanya, biarpun perasaan aku bercampur-baur, tapi majoritinya mengatakan bahawasanya novel ini sangat bagus, dan secara tidak langsung, aku pun rasa macam nak merekomendasikan kepada sesiapa saja agar membacanya.

Maka, ADA APA DENGAN AYAT-AYAT CINTA? (Hehe, nanti aku buat novel/filem pakai tajuk AADAAC!)

Baca baki entri ini »


Nuruddin Al-Banjari di Menara Zakat

Isnin, 24 Mac 2008

Hahaha, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku berpeluang bertemu dengan bukan satu, bukan dua, tapi TIGA individu yang hebat, dalam jangka masa yang tidak sampaipun sehari suntuk. Mereka semuanya hebat. Terkenal dengan keilmuan mereka.

Dua daripada tiga individu ini, mereka berkecimpung dalam bidang politik. Terkenal di seluruh Malaysia. Memang hebat. Memang istimewa. Tanya saja sesiapapun, pasti kenal mereka berdua ini.

Okaylah, secara teknikalnya, aku tidak BERTEMU dengan mereka berdua ni. Cuma sekadar berada secara langsung di dalam majlis yang mereka hadiri.

Individu yang ketiga ini pula, lebih memilih untuk tidak memihak kepada mana-mana “lambang” politik. Punya pengaruh yang banyak. Memang hebat. Namun kalau ditanya pada rakyat Malaysia, pastinya tak ramai yang kenal individu ini. Maka ini menambahkan lagi keistimewaan beliau. Apalagi beliau bukanlah orang dari “sini”. Dan tambah istimewanya ialah, aku BERTEMU dengan individu ini secara bersemuka, tak macam yang lagi dua orang tu!

Baca baki entri ini »


Salam Mawlid – Qasidah Burdah

Khamis, 20 Mac 2008

12 Rabi`ul Awwal 1429 Hijriah jatuh pada 20 Mac 2008.

Alhamdulillah, seperti biasa, umat Islam di negara kita yang ber`aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jama`ah akan menyambutnya dengan penuh keinsafan.

Memang ada suara-suara “sumbang” dari pihak Wahhabi yang mengatakan sambutan sebegini ialah suatu bid`ah yang menyesatkan. Abaikan saja pihak-pihak ini, mereka tiada tempat di negara kita. Cuma yang sedikit sedih tu, ramai orang muda yang terpengaruh dengan pihak ini. Moga Allah selamatkan mereka dari terus terpengaruh.

Baca baki entri ini »


Lonely Soldier Boy: MOSPEADA!

Rabu, 19 Mac 2008

DO YOU REMEMBER THAT OLD LUL-LABYE?!

Hoho, bagi peminat band-band tempatan, terutamanya band-band baru yang kemunculannya entah dari mana datangnya, secara tiba-tiba sahaja muncul di arena seni tanah air ini, muncul secara mainstream pulak tu, dengan genre muzik yang pelik-pelik, maka pastinya pernah mendengar tajuk lagu seperti yang aku tulis kat tajuk entri ini, serta “ayat” yang aku quote kat atas tu (ya, aku tahu ejaan “lullaby” tu salah). Yep, lagu daripada band HUJAN kan?

Tapi bagi orang tertentu, macam aku contohnya, maka bila membaca tajuk lagu itu, dan kemudiannya setelah mendengarkan sendiri lagu nyanyian mereka itu, maka tidak boleh tidak, memori lampau mengimbau kembali, mengingatkan aku kepada asal-usul yang asalnya bagi lagu berkenaan. Apakah asal-usul yang sebenar bagi lagu berkenaan?

Baca baki entri ini »


Smart TAG!

Selasa, 18 Mac 2008

Hmm… sebenarnya ini tiada kena-mengena dengan sistem rompakan kutipan bayaran di lebuh raya negara kita ini. Sementelah lagi, menteri yang menjaga hal-ehwalnya sudahpun tewas. Kasihaaan…

Tapi ini berkaitan dengan “pujuk rayu” Kak Bayan agar menceritakan isi perut dompet aku.

Baca baki entri ini »


Batuk! Kisah 5 Negeri Semenanjung…

Ahad, 9 Mac 2008

Dalam buku sejarah, kita dok belajar, bahawasanya sebelum merdeka, sebelum Malaysia, negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini terbahagi kepada “kumpulan-kumpulan” tertentu, bergantung kepada bagaimana cara negeri-negeri itu dijajah.

Negeri-negeri itu adalah seperti berikut:

Baca baki entri ini »


Undilah… OPTIMUS PRIME!

Jumaat, 7 Mac 2008


“Presiden” Optimus Prime

Sempena musim pilihanraya ini, aku menyeru kepada semua orang supaya mengetepikan segala perbezaan pendapat dan fahaman politik.

Aku menyeru supaya anda jangan ragu dan jangan pening lagi dalam memilih siapa yang paling layak memimpin anda.

Aku menyeru kepada anda semua supaya sebulat, seia sekata, sehati sejiwa seraga, menyokong calon yang paling layak untuk memimpin anda.

Aku menyeru kepada anda untuk menyokong orang individu yang paling layak itu, iaitulah OPTIMUS PRIME!

Baca baki entri ini »


Aku suka tengok drama Arab!

Jumaat, 7 Mac 2008

Ya, aku memang suka drama Arab. Tapi agak malang sikit kat Malaysia ni, peminat drama Arab cuma ada DUA opsyen nak tengok drama Arab. Pertama, kena tunggu tibanya bulan Ramadhan. Kedua, kena ada Astro, baru boleh tengok drama Arab melalui saluran ART, itupun kena yang betul-betul pandai Bahasa Arab, sebab di situ tiada sarikata dalam Bahasa Melayu atau Inggeris, haha!

Aku? Aku ni boleh la sikit-sikit Bahasa Arab. Kalau tengok yang ada sarikata tu, mesti mau baca punya sarikata tu, kalau tidak tak faham la. Tapi aku pernah jugak layan satu drama Arab ni di ART, tanpa sarikata, dan aku boleh katakan aku faham SEPARUH (kalaupun tak SUKU) daripada keseluruhan jalan cerita tu. Bergantung pada visual, dan perkataan-perkataan Arab tertentu yang aku faham, membuatkan aku faham SEPARUH daripada apa yang dituturkan, hahahah! Boleh jugak la tu, siap aku terjemah sikit-sikit apa yang dibicarakan, kepada adik-adik aku yang turut menonton.

Tapi, selain daripada DUA keadaan itu, jangan haraplah bagi peminat drama Arab di Malaysia ini dapat menonton drama Arab. Tu pun kalau dalam bulan Ramadhan tu, pastinya drama mengenai tokoh sejarah. Jangan harap la nak drama pasal zaman moden sekarang ni. Erm, ada ka peminat drama Arab di Malaysia ni? Hahah, janji aku ada, maknanya ada la peminat tu!

Namun sekarang, RTM2 sudah bermurah hati menayangkan drama Arab pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 1:30 petang.

Baca baki entri ini »


Mission: Impossible – Episod Pilihanraya

Khamis, 6 Mac 2008

Aku tak tahu apakah ini kebetulan atau memang disengajakan.

Aku berjaga malam setiap tengah malam Rabu (atau secara teknikalnya awal pagi Khamis) untuk menonton siri MISSION: IMPOSSIBLE yang ditayangkan pada jam 12:30 tengah malam (atau lebih lewat kalau filem yang ditayangkan sebelum berita jam 12 tengah malam tu masih belum habis) di RTM2.

Pada kebiasaannya, memang RTM2 tak tayang siri ini menurut susunan episod yang betul. Ada yang sepatutnya kemudian, didahulukan, dan yang sepatutnya dahulu, dikemudiankan. Memandangkan kebanyakkan episod siri ini bukan jenis yang bersambung-sambung, jadi tak timbul masalah kalau episod yang ditayangkan tu tak ikut susunan.

Cuma yang aku paling hairan tu, bagaimana atau kenapa RTM2 memilih untuk menayangkan episod mengenai pilihanraya beberapa hari sebelum kita menghadapi pilihanraya (ditayang pada 6 Mac 2008 jam 1 pagi)? Hahahah!

Baca baki entri ini »


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.