Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, TOKOH MA`AL HIJRAH untuk tahun 1429 Hijriah ini!
Seperti yang kita sedia maklum, beliau ni merupakan pengasas Yayasan Al-Bukhary, dan merupakan Bumiputera merangkap orang Islam yang terkaya di Malaysia. Tak kisahlah kalau ada orang kata dia tak “sekaya” orang-orang kaya di Malaysia yang lain (sebab dia hanyalah yang KETUJUH TERKAYA di Malaysia), sebab dia tak mengumpul hartanya secara “tamak” dan untuk dirinya sendiri, sebaliknya menyumbang kepada orang ramai, dengan cara yang pelbagailah melalui Yayasan Al-Bukharynya tu.
Yang buat aku paling bangga dengan dia ni ialah, dia ni orang ALOR SETAR! Wohoo, orang kampung aku la ni!
Memang aku selalu juga pergi ke Masjid Al-Bukhary di Alor Setar untuk Solat Juma`at dan Solat Tarawih (bacaan imam-imam di sana pun sedap!), dan memang aku suka dengan aktiviti dan majlis ilmu yang mereka selalu anjurkan di situ (Alhamdulillah, masjid ni tak dicemari “virus Wahhabi”). Antara yang paling aku ingat ialah lawatan Syeikh Habib `Umar bin Hafiz (ini laman sesawang rasmi beliau), ulama tersohor dari Hadhramaut, Yaman. Oh ya, Syed Mokhtar Al-Bukhary ni pun keturunan Ahlul Bayt yang berasal dari Hadhramaut juga, jadi kiranya mereka ni memang boleh dikatakan sebagai “sepupu” la.
Di sebelah masjidnya tu, ada Souq Al-Bukhary, kompleks membeli-belah. Aku juga selalu “rajin” ke situ sebab di situ ada GIANT, iaitu tempat di mana “rakyat Malaysia membeli-belah”.
Ooops, dah termelalut!
Nak cerita jasa beliau ni memang banyak tak terkiralah, dan aku sendiri pun tak tahu sangat secara terperinci, jadi rasanya tak perlulah aku ulas di sini kot. Yang aku pasti, beliau memang tersangat layak menerima anugerah ni.
Apahal pun, sekali lagi aku mahu ucap setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Moga sukses selalu dan istiqamah dalam usaha anda!
SALAM MA`AL HIJRAH 1429H! Bersamalah kita MENJANA UMMAH GEMILANG!




salam maal hijrah ya
Ya, Salam Ma`al Hijrah! 8)
dia ade anak lelaki yg single tak? aku nak mengorat la..huhuhhu…
Hoho, selamat mengorat!
bagus………….
salam..nk tnye ade tak info tentang biasiswa yayasan al bukhary..bantuan pelajaran untuk pelajar STAM?
Salam.
Maaflah Cik fatimah, saya pun tak tahu pasal benda tu. Kena cuba cari dan hubungi sendiri YAYASAN AL-BUKHARY, yang mana saya pun tak tahu bagaimana sebab mereka tak ada laman sesawang nak dirujuki.
Saya menerima email ini di mana saya pasti ianya satu penipuan.Secara tak langsung ia akan mencemarkan yayasan albukhary.
ALBUKHARY FOUNDATION
917 OLD DOVER ROAD,
ELTHAM, LONDON ,UK,
POST CODE:SE3 0EF
Dear Sir/Madam
The award committee of Albukhary Foundation, has selected
you as one Of the three(3) nominees for the award of 910,000 Pounds
from the foundation electronic Draws in line with the Philanthropy
work been carried out by the Albukhary Foundation.
For details and processing of the above sum, please contact
the secretary of the award Committee with the given details below:
Name: Mac Brown
Email:albfoundation09@gmail.com
Tel:+44 702 406 6654
We await your reply to enable us transfer your award
Yours faithfully,
Mrs. Liyana Kyo
Assalamualaikum…klu pasal saudara den sorang ni, memang den uji la..alhamdulillah…
ada x detail tntng syed mokhtar al-bukhari ni??nak bt asgmnt la.spe2 yg da kirim kat email sy eh…tQ
hahaaaaa….
Saladin ? …hahahaahahahahhaaaaaaa..
camner nk apply yayasan al bkhary? anyone knows? klau tahu, gtaw X)
Assalamualaikum
Sebenarnya saya nak minta derma untuk surau dekat rumah saya ni, walaupun beribu buah rumah kat perumahan ni tapi nak dapat kat derma yang tak sampai RM 10,000.00 tu pun tak cukup2 lg jadi saya nak cuba kat Yayasan Al Bukhary ni, camna nak buat?