Haaa, anda semua kenal kan siapa itu Saladin? Saladin itu nama/ejaan/sebutan orang Barat bagi صلاح الدين الأيوبي (SALAHUDDIN AL-AYYUBI). Mungkin sebab mereka semua tu malas nak mengejanya dan bergulung lidah nak menyebutnya kot (tapi dalam filem KINGDOM OF HEAVEN, semua orang sebut SALAHUDDIN tanpa sebarang masalah pun, hmm…)
Ya, secara ringkasnya, Saladin ini adalah tokoh Islam penting dalam peristiwa Perang Salib, kerana dia telah membebaskan Palestin dari cengkaman Tentera Salib pada tahun 1187. Dia merupakan seorang Sultan, pemimpin, jeneral, pendek kata, seorang wira yang hebat lagi beriman, harus menjadi contoh dan ikutan bagi umat Islam di seluruh dunia.
Kisahnya sudah beberapa kali diangkat ke medium seperti novel, filem dan juga siri TV, baik secara positif (ni mestilah orang Islam punya produksi), neutral mahupun secara negatif (biasalah tu).
Tapi tokoh ini masih belum diangkat ke medium yang dipanggil ANIMASI. Ya, animasi, ataupun orang dewasa di mana-mana tempat di dunia ini selalu dengan nada sinis menyebut “heh, kartun!” dan “kartun untuk budak-budak”. Ya, dalam banyak-banyak siri atau filem animasi yang mengangkat tokoh sejarah atau dongengan fantasi, seperti Mulan, Sinbad, Aladdin, Ramayana, baik oleh studio animasi terkemuka dari Hollywood mahupun studio anime Jepun, memang belum ada satu lagi animasi yang memaparkan Saladin sebagai wira. Jangankan membikin animasi, mengusahakannya supaya terbikin pun tiada. Filem animasi biasa bercorak dua dimensi pun tiada, apatah lagi bercorak CGI (Computer-generated imagery) yang bercorak tiga dimensi yang menjadi kegilaan pembikin filem animasi Hollywood zaman sekarang (trend yang dimulakan oleh filem TOY STORY pada 1995), heh…
Maka, di sinilah munculnya negara kita dalam keseluruhan cerita ini? Apa dia? Ya, negara kita menjadi negara pertama di dunia yang akan menerbit, membikin dan menayangkan filem animasi Saladin yang PERTAMA di dunia!
Dikirim oleh Saladin Convoy 


