Pendekar 5: Mencari Puteri Gunung Ledang!

Rabu, 30 Januari 2008

Makin aku menonton PENDEKAR 5 ni, makin rasa menarik la pulak. Aku suka dengan twist yang diperkenalkan oleh Aziz M. Osman dalam “mitos” Hang Tuah bersaudara ni. Ya, aku kata “mitos” ni merujuk pada bagaimana kisah mereka disampaikan dalam siri ni, sebab, macam aku kata dulu, mereka ada buat disclaimer mengatakan siri ni tak ada kena-mengena dengan sejarah atau hikayat Melayu dulu-dulu. Ini merupakan Aziz M. Osman punya spin.

Setelah menonton episod 15 pada hari Rabu (30 Januari 2008), aku rasa macam “terpanggil” pulak nak sembang lagi pasal siri ni, sungguhpun aku dah pernah “ulas” mengenainya di sini, sini dan sini. Sebab apa? Sebab episod yang berkenaan membabitkan PUTERI GUNUNG LEDANG, hehe…

Baca baki entri ini »


Dalam durian pun ada Cinta!

Rabu, 30 Januari 2008

Haha, apa yang aku merepek? Ya, rupanya kita boleh cari cinta pakai durian! Sungguhpun orang berkenaan tak minat atau alah atau tak lalu makan durian!

Haha, yang sebenar-sebenarnya, ini merupakan tema bagi sebuah drama TV bersiri dalam Bahasa Melayu yang aku secara tidak sengaja telah tertontoni (setiap Rabu jam 3.30 petang). Kat mana lagi kalau bukan RTM1, stesen TV yang orang lain “jarang” ambil peduli, haha!

Tajuk drama ni ialah CINTA DALAM SEBIJI DURIAN, atau kalau nak diringkaskan, kita sebut saja la CDSB. Uuuu, catchy

Baca baki entri ini »


Ayat-Ayat Temuduga

Selasa, 22 Januari 2008

22 Januari 2008. Pagi tadi, selepas solat Subuh, aku bersarapan dengan bihun goreng semalam, dan segelas air kosong. Tak mahu minum Nescafé la kononnya, takut nanti sakit perut. Heh, yang pi bantai bihun goreng semalam tu tak takut pulak!

Lepas makan, terus aku menyarungkan pakaian “rasmi” untuk ditemuduga. Kemeja putih beserta seluar hitam dan tali leher… aku tak pasti warnanya, haha! Oh, tak lupa juga sepasang blazer hitam untuk dipadankan dengan semua tu.

Masa untuk bertolak keluar…

Baca baki entri ini »


Alwan Mini #003 sudah keluar!

Rabu, 16 Januari 2008

alwan03.jpgAlwan Mini #003 sudah terbit!

Download segera di sini! (Nota: URL ini mungkin sudah tidak wujud lagi…)

Whoa, nanti dulu!

Hoh, apa itu Alwan? Alwan Mini? #003???

Baca baki entri ini »


Tagged!! You’re IT!!!

Selasa, 15 Januari 2008

Hahahah, nampak gayanya hamba sudah ditag oleh Cik Bayan! Terkejut hamba apabila diperingatkan di sini.

Maka hamba pun akan coba menjawabnya. Kira okay la jugak, sebab bolehlah “muhasabah” diri dan pada masa yang sama “buat azam baru” secara tak langsung, kan? Kan? Kan?

Baca baki entri ini »


Sekilas Fakta: Idea Sambutan Ma`al Hijrah Peringkat Kebangsaan

Jumaat, 11 Januari 2008
maalhijrah.gif

Dipetik daripada ruangan ‘SEKILAS…‘ dari UTUSAN MALAYSIA, Jumaat 11 Januari 2008 / 2 Muharam 1429:

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan mula diadakan pada 26 Ogos 1987 bersamaan 1 Muharam 1408. Idea tersebut dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Dr. Yusuf Noor kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Empat jawatan kuasa ditubuhkan bagi memastikan majlis julung kali itu berjalan lancar iaitu jawatankuasa induk, jawatankuasa kecil anugerah, jawatankuasa kecil teknikal dan jawatankuasa peraduan nasyid.

Oh, baru aku tahu penganjuran ini merupakan idea Tan Sri Dr. Yusuf Noor…


Syed Mokhtar Al-Bukhary – Tokoh Ma`al Hijrah 1429H

Khamis, 10 Januari 2008

mokhtar.jpgTahniah diucapkan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, TOKOH MA`AL HIJRAH untuk tahun 1429 Hijriah ini!

Seperti yang kita sedia maklum, beliau ni merupakan pengasas Yayasan Al-Bukhary, dan merupakan Bumiputera merangkap orang Islam yang terkaya di Malaysia. Tak kisahlah kalau ada orang kata dia tak “sekaya” orang-orang kaya di Malaysia yang lain (sebab dia hanyalah yang KETUJUH TERKAYA di Malaysia), sebab dia tak mengumpul hartanya secara “tamak” dan untuk dirinya sendiri, sebaliknya menyumbang kepada orang ramai, dengan cara yang pelbagailah melalui Yayasan Al-Bukharynya tu.

Baca baki entri ini »


Selamat Tahun Baru 1429 Hijriah!

Rabu, 9 Januari 2008

maalhijrah.gifMasuk hari ini (sepertimana pada tarikh aku publish entri ini) maka genaplah 1429 tahun setelah junjungan mulia kita, Baginda Rasulullah SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Aku tertarik dengan logo “Ma`al Hijrah” kita ni! Huruf ‘ha’ dengan berlatarbelakangkan sawang/sarang labah-labah (macam Spider-Man la pulak ya?). Ada signifikannya sarang lelabah tu dengan peristiwa Hijrah tu kan? Menurut riwayat, sarang lelabah inilah yang membuatkan Musyrikin Mekah yang memburu Saidina Rasulullah SAW serta sahabatnya Saidina Abu Bakr AS “tak jadi” masuk ke gua tempat mereka bersembunyi, sebab menurut mereka, mustahil gua berkenaan dimasuki orang kerana satu-satunya pintu guanya itu masih dipenuhi sawang. Maka demikianlah Allah SWT melindungi hamba-hambaNya itu daripada ditemui oleh mereka, iaitu dengan mengutuskan labah-labah agar membina sarangnya di pintu gua berkenaan.

Hoho, “canggih” juga logo kita tu kan? Setiap tahun kita akan pakai logo yang sama tanpa perlu menukar rekabentuknya. Aku rasa tak ada negara lain di dunia ni yang ada logo sempena Tahun Baru Hijriah yang sebegitu canggih macam kita ni!

Baca baki entri ini »


Berakhirlah sudah Dinasti Bilut…

Rabu, 9 Januari 2008

Tanggal 8 Januari 2008, berakhirlah siri DINASTI BILUT yang ditayangkan di RTM1 (Saluran Inforia anda!) dalam slot ASTAKA PERDANAnya iatu setiap Isnin hingga Khamis (dulunya slot ini tayangannya setiap hari, kemudiannya setiap Isnin hingga Jumaat, sekarang setakat hari Khamis saja) jam 10.30 malam. Hoho, memang berebut dengan slot SAMARINDA di TV3 nih! Kira mau ada fight la jugak antara kedua-dua stesen ni, tapi sekali terlintas di minda kita, kita dah dapat agak stesen mana yang menang kan?

Tak mengapalah, tak kisahlah, biarpun orang lebih suka menonton SAMARINDA (yang asyik-asyik memaparkan kisah orang-orang korporat), aku selaku “peminat drama Melayu” lebih memilih ASTAKA PERDANA, hahaha!

Ops, sebelum termelalut, biarlah aku menjuruskan kepada drama bersiri yang ada 40 episod ni…

Baca baki entri ini »


Bujang Rebutan – Joe Millionaire Malaysia?

Isnin, 7 Januari 2008

Ahaks, siapa yang pernah tonton atau “ter”tonton drama bersiri komedi yang bertajuk BUJANG REBUTAN di RTM1 setiap Isnin jam 3.30 petang? Hohoh, siapalah yang boleh tengok TV pada waktu macam tu kan? Lainlah kalau kita bercuti (atau memang tak bekerja)!

Haha, yang aku tahu dan pasti, drama bersiri macam ni pastinya akan “datang dan pergi” tanpa disedari oleh orang ramai, almaklumlah, tayang kat RTM, sapa nak tengok atau “pandang” kan?

Promosi apa pun tidak, nak kata gah pun bukan juga. Yang pasti cerita ‘low-profile‘ macam ni adakalanya aku layan jugak. Haha, aku ni memang suka tengok drama Melayu ni, sampai pernah dijolok oleh seorang teman sebagai “Peminat Drama Melayu”, suatu jolokan yang sangat ganjil untuk dipegang oleh seorang lelaki macam aku, haha!

Tapi aku ni jenis memilih jugak. Bukan semua drama Melayu aku hentam tengok. Yang mana yang bersifat komedi, dan agak “lain” daripada yang lain, itu yang aku layan. Entah kenapa, aku ni tak layan pulak drama Melayu yang selalu tayang kat TV3 tu, yang jenis macam MANJALARA ka, SPA Q ka, yang biasanya ramai pulak orang kita tengok tu. Entah la, aku memang “tak boleh pi” dengan drama macam tu. Mungkin drama macam tu kelihatan “poyo” sangat kot untuk citarasa aku ni, hahah! Oh, aku jugak tak boleh layan drama Yusuf Haslam, eiii….

Yang jadi tak seronoknya ialah bila tengok drama ‘low-profile‘ macam BUJANG REBUTAN ni, yang jenis diminati orang pun tidak, dibenci orang pun bukan (sebab semua orang tidak menyedari “kewujudannya”), nak berbincang dengan orang ramai, tak kira dalam dunia sebenar ataupun dalam internet, tak ada geng la jawabnya.

Apahal pun, mari kita soroti apakah yang dipaparkan dalam drama ini, heheh…

Baca baki entri ini »


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.