Pendekar 5 – Kebangkitan semula siri TV “pendekar”?

Dalam pos aku yang lalu, aku telah bagi ‘intro’ dengan agak panjang lebar mengenai “sejarah” (berdasarkan memori aku la) drama bersiri berunsur “pendekar” di TV kita.

Sekarang barulah aku nak masuk kepada topik mengenai siri “pendekar” yang baru di TV kita! Uish, biaq betoi?! Siri stail “pendekar” dah ada balik? Ya! Wahoo, seronoknya! Erm, nanti dulu, jangan seronok lagi, sabar…

Ya memang ada drama bersiri kependekaran Melayu yang baru ditayang di TV kita. Ianya diterbitkan oleh Ace Motion Sdn. Bhd., produksi yang sama yang menerbitkan siri DUNIA ANITA dan PUTERI. Siri yang dimaksudkan itu ialah PENDEKAR 5 yang ditayangkan di TV9 setiap hari Rabu jam 9 malam. Haa, dipersilakan mengklik ke pautan yang diberikan, boleh tengok episod penuh (bermula episod tiga sahaja sebab sebelum ini Media Prima Berhad belum buat laman web yang memuatkan episod penuh bagi hampir semua rancangan TV di stesen-stesen TV mereka). Setakat pos ini diposkan, baru episod sepuluh yang ditayangkan di TV9, masih boleh ‘catch-up‘. Oleh yang demikian, dipersilakanlah menonton untuk menilainya, heheh…

Jadi, ada apa dengan siri baru yang berjudul PENDEKAR 5 yang kelihatan cuba membangkitkan semula era drama bersiri kepahlawanan Melayu di stesen TV kita? Jeng jeng jeng…


mppb_00228-1.jpg

Dari kiri: Tun Fatimah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi, Hang Tuah dan Hang Jebat

Ha, sila lihat gambar di atas tu. Kalau kita bilang, bukannya ada LIMA, tapi ada ENAM orang kat gambar tu. Dan, ini bukannya bermaksud siri ini merupakan siri yang keLIMA, oh bukan, tapi memang angka ‘5’ tu merujuk pada bilangan hero dalam siri ini. Maknanya ada LIMA orang pendekarlah. Heh, kan bagus kalau digunakan ejaan ‘LIMA’ dan bukannya angka ‘5’, senang sikit orang faham, kan?

Hmm, kalau dah sebut “PENDEKAR 5″ tu, maka siapakah yang anda bayangkan? Yeah, tak lain tak bukan, kisah Hang Tuah lima bersaudara itu (teringat satu lawak sketsa GADO-GADO, di mana mereka berlima masing-masing mempunyai nama yang bermula dengan PANG dan bukannya HANG, jadi digabungkan menjadi PANG-LIMA, hahah!)! Ya, memang ini cerita pasal mereka berlima. Habis, kenapa pada gambar tu ada ENAM ORANG? Tak mengapa, nanti aku terangkan, sungguhpun aku sendiri pun rasa lebih elok kalau mereka letak tajuk PENDEKAR ENAM.

Maka, memang ini kisah mengenai lima orang sahabat baik atau juga “saudara”, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang Kasturi. Siapa orang keenam tu? Ha, itu ialah Tun Fatimah. Jangan tanya bagaimana mereka boleh hidup sezaman, sebab memang dari awal lagi siri ini dah letak suatu disclaimer yang mengatakan “siri ini tiada kena-mengena dengan mana-mana kisah sejarah atau hikayat”. Maksudnya di sini ialah, pembikin siri ini menggunakan “kebebasan artistik” (artistic liberties) untuk mengadaptasikan cerita mengenai pendekar berlima ini dan mengolahnya menjadi lebih “kontemporari” kata mereka. Lebih kurang macam siri TV HERCULES: THE LEGENDARY JOURNEYS suatu ketika dulu la, mana ikut mitos Greek mengenai Hercules langsung pun, lepas tu boleh pulak crossover dengan watak-watak mitos lain. Ha, PENDEKAR 5 ni pun “mengingatkan” aku pada stail siri TV tu, sebab “mencaca merbakan” dan mencampur adukkan watak-watak sejarah Melaka.

Apa yang buat siri ni menarik bagi aku, selain daripada menjadi (mungkinlah) “pemangkin” kepada kebangkitan semula siri TV bercorak pendekar, ialah “kelainan” yang dipaparkan. Selain daripada premis yang mengatakan mereka langsung tak ikut hikayat atau sejarah, setiap watak juga mempunyai senjata yang unik (macam… hehe jangan marah aku nak kata lagi, macam Teenage Mutant Ninja Turtles! Oh ya, dan juga macam siri KERIS HITAM BERSEPUH EMAS!). Di samping itu, BUKAN semua watak-watak “Hang” ini berketurunan Melayu. Aha! Ini sesuatu yang menarik! Mungkin sebagai memenuhi “kuota muhibbah” di kalangan rakyat Malaysia kot! Kalau di Amerika, apa saja drama atau filem yang mereka buat, MESTI kena ada sekurang satu watak dari kaum “minoriti” (seperti watak orang berkulit hitam), mujur kita tak ada KEWAJIPAN sebegitu, heheh…

Setakat ini bunyi macam okay ja siri ni kan? Hah, apahal pun, mari kita “berkenalan” dengan watak-watak dalam siri ini:

HANG “RAMBUT TEKNIK REBONDING
Atau lebih tepat lagi, HANG TUAH (lakonan Cico Harahap Rashid). Yeah, dia inilah wira terunggul bagi orang Melayu, lebih kurang macam “Superman” versi kita la dia ni. Berdasarkan perwatakan dia dalam siri ini, dia ni memang tulen orang Melayu Melaka. Anak kepada Hang Mahmud.

Senjatanya apa lagi kan? Mestilah KERIS TAMING SARI! Selepas lama mereka menuntut dengan tok guru mereka yang bernama Adiputera, setiap penuntut dikehendaki menjalani “ujian khas” untuk memperoleh senjata mereka, dan ujian bagi Tuah ialah dia harus mengalahkan Taming Sari, penuntut kepada abang kepada Adiputera (baca pelan-pelan, jangan keliru!). Taming Sari ni orang Jawa, dan kerisnya memang cantik berbanding keris Melayu yang dipakai Tuah pada ketika tu. Dah la tu, kebal la pulak si Taming Sari tu! Apa Tuah buat untuk menang? Ya, dia pakai “tipu muslihat”, iaitu dengan berpura-pura meminta untuk melihat keris Taming Sari itu, lalu digunakannya untuk menewaskan Taming Sari. Lucunya, “tipu muslihat” sebegini “dihalalkan” oleh guru mereka. Hoh? Apa kejadah? Nak menang mesti guna akal juga, kata Adiputera. Duh, memang la! Tapi kalau menipu tu, bermaruah ka? Hmm… tak kisah la kot, janji sekarang Tuah sudah mempunyai Keris Taming Sari sebagai senjatanya, horay!

Dari segi perwatakan, memang tak sah kalau watak Tuah tu tak setia pada Sultan. Ya, memang dia setia punya. Buat masa ini kesetiaannya masih bertempat, dan belum nampak dia ni setia membabi buta. Tapi tu kena tunggu bila tiba saat dia berseteru dengan Jebat nanti, huhu…

Tapi malangnya, ini merupakan Hang Tuah versi yang paling tak best yang pernah aku tengok kat layar TV. Memanglah Cico ni bertubuh sasa, tapi tetap rasa macam ada yang tak kena dengan pemilihannya sebagai Tuah. Pertama, sebab kelihatan rambut lurus teknik rebondingnya tu, hoho! Kedua, suaranya bukan saja tak commanding, malah ada beberapa babak, suaranya hampir tak kedengaran langsung, sedang suara watak lain jelas pulak bunyinya. Mikrofon cap apa yang depa pakai sampai tak boleh capture suara Tuah ni? Heh…

HANG “ROSLAN”
Haha, tak boleh la nak bayang dia ni sebagai HANG JEBAT, sebab selalu sangat dok tengok Beego sebagai Roslan dalam siri PUTERI! Tambahan pulak dia sorang ja yang pakai rambut palsu untuk wataknya (sementara watak lain sememangnya berambut pendek ataupun pelakonnya sudah memiliki rambut panjang). Tapi makin lama tengok, kira macam boleh la dia bawa watak Jebat ni. Aku tak pasti dia ni keturunan apa, sebab nampak dari segi pakaian dia pada gambar di atas tu (paling kanan), kalau dulu, aku ingat orang yang pakai macam ni ialah orang Jawa, hahah! Betul ka? Tak mengapalah, yang aku pasti, dia ni keturunan Melayu jugak.

Seperti Tuah, dia pun kena “ujian khas” mencari senjata. Dan dia pergi dan memperolehi senjatanya tu sebuah kawasan gunung berapi, dan senjatanya tu ada betul-betul dalam lava (gila!). Nak tau apa senjatanya? Haha, terus terang aku cakap, bagi aku senjatanya la yang paling ‘cool‘ sekali, iaitu KERAMBIT (kadang-kadang orang panggil taji ayam). Hallamak, memang sempoi la senjata ni, sebab bila digunakan waktu lawan, orang bukannya perasan pun dia pegang benda ni. Tahu-tahu ja, “zass!”, leher dah kena hiris, hahah! Dan memang gurunya pun kata senjatanya ini memang “paling kuat”, tak ada sapa yang boleh tewaskan senjata ini, KECUALI (ya, ada KECUALInya) senjata Hang Tuah. Hahah, dari awal lagi mereka dah menanam “benih-benih” permusuhan kepada hubungan persaudaraan Tuah dan Jebat!

Dari segi perwatakan, aku sebetulnya kurang berpuas hati dengan halatuju yang diberikan kepada watak Jebat. Dari awal lagi pembikin siri ni dah timbulkan satu konflik demi konflik yang membuatkan Jebat makin “menyampah” dengan sistem kesultanan. Mula-mula kekasih hatinya iaitu Dang Wangi dipersembahkan oleh Temenggung (antara penjahat dalam siri ini) kepada Sultan, membuatkan Sultan terpaut hati padanya dan terus diambilnya sebagai dayang istana. Akibatnya, Jebat yang sudah memperisterikan Dang Wangi dinasihatkan (atau disuruh dengan “paksarela”) oleh Bendahara supaya menceraikan Dang Wangi. Biarpun akhirnya Jebat setuju, tapi ini sudah cukup untuk “mencalarkan” rasa hormatnya pada institusi kesultanan.

HANG “ORANG ASLI”
Siapa tu? Ha, dialah HANG LEKIR (lakonan Adli). Aku sebenarnya tak pasti dia ni orang asli atau bukan, tapi berdasarkan raut wajahnya, beserta dengan senjata “unik”nya iaitu SUMPIT, maka tak bolehlah kita terlepas daripada gambaran sedemikian, kan?

Ha, “ujian khas”nya ialah berlawan dengan “gergasi” (apa dia?!) yang menyerang sebuah perkampungan orang asli. Dia ni memiliki kebolehan tambahan (sesuatu yang aku rasa tak ada langsung pada “Hang-hang” yang lain, tak taulah kot-kot aku tak perasan, haha!) iaitu boleh “mencengkam dengan kuat”. Apa tu? Maksudnya ialah, cengkamannya kuat luar biasa daripada orang lain. Boleh maut la sapa kena cekik dengan dia, lebih cepat daripada kalau kena cekik dengan orang lain. Tapi malangnya, cengkamannya tu tak berhasil ke atas gergasi tu. Maka dalam kekalutan orang kampung berlari menyelamatkan diri, terjumpalah akan Hang Kasturi sumpit yang seterusnya digunakan untuk menyumpit gergasi tersebut dan seterusnya berjaya menewaskannya. Maka kekallah senjata itu sebagai senjata “unik”nya…

Selain daripada itu, tak banyak yang aku boleh cerita pasal Lekir ni. Kiranya dia ni termasuk dalam sindrom “watak yang tidak mendapat perkembangan watak yang sewajarnya”, sebab fokus banyak diberi kepada Tuah dan Jebat.

HANG “LEE KIU”???
O yeah, HANG LEKIU dalam siri ni ialah berketurunan Cina (biarpun dilakonkan oleh Qazem Nor). Walaupun begitu, dia ni anak jati Melaka sebab dilahirkan di Melaka.

“Ujian khas” yang diterima oleh Lekiu ialah dia harus berlawan dengan beberapa orang pahlawan Wushu di sebuah tempat yang kelihatan seperti kawasan tokong Shaolin ka apa entah! Dan senjata “unik”nya itu berada di dalam mulut “singa” (tarian singa punya “singa”) yang terpaksa direbutnya sambil berlawan dengan pahlawan-pahlawan berkenaan. Akhirnya berjayalah dia merebut senjata yang diberi nama di dalam seni silat kita (biasanya Silat Kuntau kot) sebagai TEKPI (ataupun nama asalnya ialah Sai). Hahah, senjatanya sebijik macam senjata Raphael (TMNT).

Macam Lekir, tak banyak yang boleh diperkatakan pasal Lekiu ni. Malangnya, dia ni adakalanya menjadi watak “komedi”, bersama dengan Kasturi. Modal lawaknya ialah slanga Melayu yang tak fasih (pernah panggil Jebat dengan nama “Hang Shii Bat”).

HANG “DEEJAY”???
Yahaha, maaf, aku dah tak tahu nak “buat lawak” dengan watak HANG KASTURI ni. Kalau tak salah aku, pelakon watak ini, iaitu Kish, merupakan seorang DJ radio, tapi stesen mana tak pasti la pulak. Oh yeah, kalau Lekiu jadi pemuda Cina, Kasturi pulak dilakonkan oleh pemuda keturunan India, dan merupakan anak kelahiran Melaka juga. Nama Lekiu bunyi sesuai dengan keturunannya, dan rasanya Kasturi pun sesuai juga dengan “pengubahsuaian” ini, hehehe…

“Ujian khas” untuk membolehkan Kasturi memperoleh senjatanya juga aneh. Dia kena lawan sekumpulan hantu ka zombie ntah. Tapi sebelum berlawan tu, dia terlanggar seorang nenek kebayan, yang kemudiannya memberikannya TONGKAT sebagai senjata “unik”nya. Kata gurunya, Adiputera, “senjata Kasturi tidak boleh membunuh, tapi berguna sebagai mempertahankan diri”. Hah, aku pun tak paham untuk apa “kata-kata” itu dilafazkan. Yang aku pasti, kini watak Kasturi sudah mirip watak Donatello (TMNT).

Lebih kurang Lekiu, watak Kasturi ini juga digunakan sebagai “pelawak”. Dan cara lawaknya sangat MIRIP dengan cara watak Kamala dari siri PUTERI, iaitu lawak blur tak faham bahasa Melayu. Macam Kamala, dia ni juga akan salah faham perkataan Melayu tertentu dan akan mempersoalkannya atau menjawab dengan salah (menurut salah fahamnya) dan watak lain akan mengeluh sambil membetulkannya. Hehe, lucunya, “Kamala” atau lebih tepat lagi si pelakonnya iaitu Kanchana Devi pernah muncul dalam satu episod siri PENDEKAR 5 ni! Tak pasti apa hubungannya dengan Kasturi, nanti aku tonton balik kat laman web TV9, hehhe…

TUN “NINJA PUTERI”
Hahaha, macam Hang Roslan… ops, maaf, Hang Jebat! Ahem, macam Hang Jebat, seorang lagi pelakon dari siri PUTERI muncul sebagai teraju utama siri PENDEKAR 5 ni. Nora Danish dalam siri ini memegang watak TUN FATIMAH. Ya, aku juga rasa macam sepatutnya Tun Fatimah ni pada zaman yang lewat sikit lepas Hang Berlima ni, tapi tak mengapalah. Mereka perlukan heroin untuk dipasangkan dengan Hang Tuah, dan Tun Fatimah la watak yang paling sesuai barangkali.

Hang Tuah dengan Tun Fatimah??? Ya, jangan terkejut. Tun Fatimah ialah ‘love interest‘ bagi Hang Tuah. Kiranya mereka ni ‘couple‘ la! Untuk “versi” cerita ini, Tun Fatimah merupakan anak bagi Bendahara Tun Perak (ya ya, aku tau Tun Fatimah sepatutnya anak Bendahara Tun Mutahir).

Sesuai dengan perwatakan dalam sejarah sebenar, Tun Fatimah ini juga kelihatan mempunyai ciri-ciri kepahlawanan. Suka bersilat, dan agak merisaukan ibu bapanya sebab “kurang” berperangai seperti perempuan kebanyakan, tapi masih tetap feminin gitu. Ya la, Nora Danish beb! Comel dan cun tu! Mana sesuai imej perempuan kasar dengan dia, hahah!

Dia bukanlah murid Adiputera sepertimana lima “Hang” yang lain tu, dan tak pasti dengan siapa dia berguru, tapi yang pasti dia memang masih belajar. Namun mampu mempertahankan dirinya sendiri dari ancaman musuh. Kiranya boleh held her own jugak la against musuhnya (hohaha, bahasa rojak!).

Dia tak (atau mungkin BELUM) ada senjata “unik”, tapi menurut gambar di atas tu (serta babak dari iklan), kelihatan dia pakai baju ala ninja dan memegang PEDANG NINJA, maka apakah dia bakal jadi ninja (atau lebih tepat lagi, ‘kunoichi‘)? Dan memandangkan dia ni perempuan dan tak sesuai dibandingkan dengan watak Leonardo (dari TMNT), maka apakah wataknya mirip April O’Neil, atau lebih tepat lagi Karai (dua-dua daripada TMNT)? Hmm… menarik…

Sejak pertama kali bertemunya Hang Tuah dan Tun Fatimah, memang timbul bibit percintaan antara mereka berdua. Tapi malangnya si Bendahara tu telah mempertunangkan Fatimah dengan sepupunya iaitu Tun Mamat (haaa… Tun Mamat sebaya dengan Hang Tuah dalam versi ni!). Hah, melepaslah Tuah! Atau apakah masih belum terlambat?

Haha, wow, “cerita” belum habis lagi ni! Tak apa, nantikan pos aku seterusnya ya? Tunggu…

10 thoughts on “Pendekar 5 – Kebangkitan semula siri TV “pendekar”?

  1. Pingback: Pendekar “Lima campur Satu” « Saladin Convoy

  2. Pingback: Pendekar 5 - Suatu Penilaian « Saladin Convoy

  3. Pingback: Pendekar 5: Mencari Puteri Gunung Ledang! « Saladin Convoy

  4. Pingback: Pendekar 5: Ninja Tun Fatimah! « Saladin Convoy

  5. bendol punya cerita orang cari yg lain dia bagi yg lain dia bagi yg lain.tulah bendol!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! BENDOLLLLLL!!!!!!!!

  6. EEEEHHHEHE……. eh eh….. Engkau maryell irisha lagi satu ni…,, kenapalah guna nama penuh aku ni?? Nama penuh kita sama kah>?? Mana kau dpt nama tu?? Best juga cerita tuu…

  7. umm.. aku lah maryell irisha yg betul! inilah nama penuhku.. Tak ada orang lain yang akan menggunakan nama ini.. plzzz.. eprcayalah aku.. maryell yg ckp bendollllll kali tuh yg spammer..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s